Tentang Kami

KELAB KEMBAR MALAYSIA (KKM) diasaskan oleh En Huszaini Haron yang mana telah berusaha mengumpulkan para ibubapa dan diri sendiri yang berstatus kembar diseluruh negara. En Huszaini Haron kemudiannya menubuhkan Ahli Jawatankuasa Penaja dalam matlamat beliau mendaftarkan KELAB KEMBAR MALAYSIA (KKM) sebagai sebuah pertubuhan rasmi .

Huszaini Haron
Pengasas & Pengerusi KKM
Perjalanan En Huszaini Haron dalam menghimpunkan ahli-ahli kelab kembar bukan melalui jalan mudah, yang mana beliau berkorban masa dan tenaga dalam merancang beberapa perjumpaan di beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. Pada mulanya perjumpaan ini berasaskan motif beramah mesra dan berekreasi yang bermula hanya dengan beberapa pasangan ibubapa kembar. Ahli-ahli kemudiannya bertambah ramai setelah mengetahui kewujudan perhimpunan kembar ini yang mana menyumbang kepada peningkatan pengunjung dalam blog beliau. Ini menyebabkan lebih ramai ahli keluarga kembar menyertai perhimpunan ini.
Justeru itu dari hari ke hari setiap perhimpunan yang dihadiri semakin ramai sehingga mendapat kata sepakat dari para ibubapa kembar  yang meminta beliau mengajurkan HARI KELUARGA yang mana memerlukan tempat yang lebih besar dan meriah. Hari Keluarga Pertama yang dianjurkan oleh En Huszaini bertempat di Port Dickson yang berjaya mengumpulkan 50 ahli keluarga. Dari sinilah beransur-ansur mulanya kepada matlamat penubuhan KELAB KEMBAR MALAYSIA (KKM) ini.